Skip to main content

BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


Slide Pembentangan






Laporan

1.0  PENGENALAN
1.1  Sekolah
Perkataan sekolah berasal dari Bahasa Latin iaitu ‘khole’, ‘scola’ atau ‘skholai’ yang bermaksud waktu lapang yang diisi dengan perkara yang berfaedah seperti membaca, menulis dan mengira. Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang berbentuk formal kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan mental (Norazlinda Saad dan Surendran Sankrash, 2000). Mengikut Akta Pendidikan pula, sekolah ditakrifkan sebagai tempat di mana sepuluh ataupun lebih murid yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Yusuf Othman (1999), sekolah merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap pra sekolah hingga menengah atas. Setiap peringkat mempunyai silibus atau kurikulum yang setiap satunya mempunyai matlamat dan objektif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar.

1.2  Persekitaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu). Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dari segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Persekitaran sekolah merupakan kawasan di sekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FBK). Persekitaran fizikal di sekolah pula merujuk kepada keadaan yang mana terdapat reka bentuk bilik darjah seperti susunan meja, kerusi, lampu, papan putih, tandas, pusat sumber dan sebagainya. Jadi, ia berfungsi sebagai sokongan iaitu memberikan keselesaan dan meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pelajaran di sekolah. Persekitaran psikososial yang sihat adalah tentang keadaan di mana tempat pembelajaran pelajar tersebut selesa dan aman serta bebas daripada segala gangguan yang menjadi ancaman pelajar tersebut. Selain itu, hubungan interaksi antara pelajar dan pelajar, guru dan pelajar, guru dan masyarakat telah menjadikan emosi seseorang pelajar itu dapat merangsang pembelajaran dan meningkatkan pelajaran yang berkesan. Akhir sekali, faktor yang memberikan kesan persekitaran psikologi ini ialah kaedah pengajaran yang dirancang oleh guru, kepimpinan dan komunikasi yang mewujudkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna.

1.3  Sekolah Dan Masyarakat
Masyarakat merupakan satu kelompok sosial di mana ahli-ahlinya duduk di satu kawasan tertentu dan hidup bersama untuk kepentingan bersama. Kelompok ini mempunyai pemimpin, peraturan-peraturan dan norma-norma tertentu. Hal ini kerana kerjasama tersebut dapat menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta kelicinan projek-projek kebajikan di sekolah. Hubungan antara sekolah dan masyarakatnya amat rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Perhubungan yang sekian lama telah wujud membawa banyak kebaikan dalam proses mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. Malah, hubungan sekolah dan masyarakat bagi mendorong minat dan kerjasama masyarakat dalam meningkatkan serta mengembangkan sekolah. Kindred, Balgin dan Gallagher mendefinisikan bahawa hubungan kooperatif untuk menjaga dan mengembangkan saluran maklumat antara dua arah yang efisien serta saling memahami antara sekolah dan masyrakat.

1.4  Guru Dan Ibu Bapa
Dalam melaksanakan impian negara untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang baik. Pelbagai pihak perlu bekerjasama antaranya ialah sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat. Mahat (2007), berpandangan bahawa sekolah perlu mempunyai jaringan hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa untuk kejayaan sistem pendidikan negara. Dalam sebuah sekolah terdapat persatuan yang melibatkan ibu bapa dalam perihal anak-anak di sekolah iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Menurut Mook (2009), PIBG adalah salah satu pertubuhan daam sekolah yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid mereka. Ahli-ahli yang aktif boleh menymbangkan tenaga dan sumbangan kewangan mereka dari semasa ke semasa demi kemajuan sekolah. Pada setiap tahun, sekolah akan mengadakan mesyuarat PIBG atas urusan untuk mengendalikan dan menyelesaikan pemasalahan pelajar sekolah dan anak-anak mereka. Perkara-perkara yang dibangkitkan akan diselesaikan di dalam mesyuarat tersebut. Jalinan kerjasama yang erat di antara pentadbir sekolah dan peneraju PIBG akan menyakinkan semua warga sekolah dan waris pelajar iaitu ibu bapa bagi membawa kejayaan gemilang kepada sekolah.


1.5  Isu Pendidikan Semasa
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Kedua, isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan sesuatu perkara manakala pendidikan pula merujuk kepada perihal atau perbuatan mendidik. Isu pendidikan semasa di Malaysia bukan suatu perkara yang baru pada abad ke-21. Hal ini kerana, isu pendidikan sering menjadi tumpuan utama dalam kalangan masyarakat apabila timbulnya masalah-masalah yang berkaitan dengan pendidikan. Kebiasaannya, isu pendidikan ini merangkumi masalah atau isu yang berkaitan dengan guru, pelajar dan sistem pendidikan yang dijalankan di Malaysia.

1.6  Pendidikan Dan Globalisasi
Yusuf al-Qardhawi (2001) dalam Asmawati (2005) mendefinisikan globalisasi sebagai mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi dunia. Menurut Financial Time Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi serantau dari negara, masyarakat dan budaya telah bersepadu melalui rangkaian perdagangan global, komunikasi imigresen dan pengangkutan. Pendidikan dan globalisasi sangat berkait rapat dengan persekitaran sekolah. Hal ini kerana, sekolah pada masa kini telah menggunakan teknologi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bagi tujuan pengajaran yang lebih baik di sekolah pada abad ke-21, di dalam kelas telah diletakkan ‘smart TV’. Hal ini akan membolehkan pelajar mempelajari ilmu yang berkonsepkan pendidikan globalisasi secara meluas. Pendidikan dan globalisasi telah mendapat tempat di sekolah-sekolah Malaysia untuk kekal maju dengan teknologi serta tidak ketinggalan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan.
2.0  OBJEKTIF
Kajian ini dijalankan adalah untuk:
i)                Mengkaji hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat sekeliling.
ii)              Mengetahui peranan guru dan ibu bapa dalam persatuan ibu bapa dan guru di sekolah.
iii)            Mengkaji isu-isu pendidikan semasa di sekolah.
iv)             Mengenalpasti perkara mengenai pendidikan dan globalisasi di sekolah.

3.0  SOALAN KAJIAN
i.                 Bagaimanakah hubungan diantara sekolah dengan masayarakat setempat?
ii.               Bagaimana penglibatan guru dan ibu bapa di sekolah ini dalam mempengaruhi keputusan akademik dan kokurikulum sekolah?
iii.             Apakah isu – isu semasa yang berlaku di dalam SEMASHUR?
iv.             Bagaimanakah pendidikan dan globalisasi mempengaruhi pencapaian SEMASHUR?

4.0 Kaedah Kajian
Beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Kepelbagaian kaedah adalah bertujuan untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat, jelas dab benar. Kaedah yang kami gunakan adalah kaedah pemerhatian, temubual dan perbincangan kumpulan. Kami tidak menggunakan kaedah soal selidik kerana data yang akan dapat mungkin tidak jelas dan terlalu umum.


4.1 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Kaedah ini dijalankan secara langsung bersama-sama semua ahli kumpulan. Kami telah melawat di sekitar sekolah dan persekitaran kawasan kajian. Melalui kaedah ini, kami telah mendapat gambaran yang jelas mengenai kajian kami. Kaedah ini juga digunakan adalah untuk memastikan kawasan kajian yang dikaji menepati ciri-ciri yang kami perlukan dalam kajian kami.
4.2 Temubual
Temubual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi antara dua pihak atau lebih iaitu antara penemu bual dengan pihak yang ingin ditemu bual. Temubual ialah kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada responden secara mendalam. Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Dalam kajian ini, kami telah menemubual enam orang responden. Semua responden memberikan maklumat yang jelas dan baik untuk membantu kajian kami.

4.3 Perbincangan Kumpulan
Berdasarkan kajian ini, perbincangan antara ahli kumpulan amat penting untuk memperoleh maklumat dan mencapai satu kata sepakat dalam membuat kajian. Hal ini juga penting untuk bekerjasama bagi memastikan kejayaan di akhir kajian ini.



5.0 Latar Belakang Kajian
Topik kajian yang dijalankan oleh kumpulan kami ialah“ Sekolah dan Persekitaran”. Kajian di sebuah sekolah menengah harian iaitu SMK Hulu Selangor, Batang Kali, Selangor, telah dijalankan  pada 20 Mac 2019, hari Rabu. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau lebih dikenali sebagai SEMASHUR merupakan sekolah berasrama penuh ke-38 dan terletak di Batang KaliSelangor. Salah satu sekolah berasrama penuh yang mendapat pengiktirafan sebagai sekolah berprestasi tinggi kohort-3 pada Disember 2012 dalam kebitaraan sukan ragbi, inovasi dan F1 in Schools.
Dibuka pada tahun 2000, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh warga sekolah ini. Antaranya, SEMASHUR telah mencatatkan prestasi yang baik apabila berjaya mendapat nombor 1 keseluruhan SBP dalam peperiksaan PMR pada tahun 2008 dan mencatat hatrik pada tahun 2010, 2011 dan 2012 . Turut tidak dilupakan, SEMASHUR berjaya menduduki tangga ke-2 dalam semua SBP dalam SPM 2002 walaupun baru tahun pertama SPM diadakan di SEMASHUR pada ketika itu.
SEMASHUR berkeluasan 60 ekar (40 ekar kawasan berumput dan 7 ekar kawasan kolam bekas perlombongan). SEMASHUR boleh dihubungi melalui jalan Sungai Tua ke Batu Caves (25km) atau ke Rawang (30km) melalui jalan Tg. Malim – KL. Pada 2009, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor memiliki 352 pelajar lelaki dan 340 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 692 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.



5.1 Latar Belakang Sampel
Seramai 2 orang sampel telah memberikan maklum balas terhadap temu bual yang kami jalankan . Pemilihan sampel adalah secara rawak yang terdiri daripada seorang guru kaunseling dan guru penolong kanan. Hasil temu bual kami sangat berkait rapat dengan objektif kajian yang kami tetapkan. Kesemua sampel memberikan respon secara terbuka dan memberikan kerjasama yang baik semasa kami mengemukakan soalan.
6.0  Dapatan Kajian
i.  Hasil daripada temubual yang dijalankan kepada seorang guru kaunseling
Sampel pertama yang kami temu bual adalah merupakan seorang guru kaunseling di SEMASHUR. Guru kaunseling tersebut bernama Puan Sarimah.
Kami telah mengemukakan beberapa soalan kepada beliau mengenai sekolah dan persekitarannya. Beliau memberikan respons yang sangat baik dan bersemangat untuk berkongsi maklumat dengan kami. Sebelum itu, beliau menerangkan skop tugas sebagai seorang guru kaunselor iaitu pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid, psikososial dan kesejahteraan diri murid, pengurusan profil murid, pendidikan pencegahan, konsultasi keibubapaan, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan tambahan skop adalah pengurusan serta pentadbiran sekolah.
Selain itu, sampel kami iaitu Puan Sarimah telah menjawab objektif kajian kami iaitu untuk mengetahui hubungan sekolah dengan persekitaran termasuklah ibu bapa dan masyarakat. Ia juga dikenali sebagai Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas, Sarana Ibu Bapa merupakan kumpulan sokongan ibu bapa yang berperanan menambah baik prestasi akademik sekolah serta mempergiat lagi aktiviti di luar bilik darjah pada masa depan. Konsep Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah seumpama ini sebenarnya telah lama dijalankan di negara maju dalam memastikan taraf pencapaian akademik dan prasarana (kemudahan) sekolah mencapai standard yang baik serta membantu mendapat bantuan kewangan daripada pihak swasta dalam pelbagai aktiviti sekolah. Inisiatif Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah itu terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Contoh kerjasama yang telah dijalankan adalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Majlis Penetapan Target untuk Pelajar Tingkatan 3 dan 4, di mana ibu bapa datang bagi menyaksikan anak-anak mereka berikrar. Sambutan dan kehadiran ibu bapa ke sekolah sangat baik lebih-lebih lagi yang melibatkan pengambilan keputusan peperiksaan walaupun terdapat sistem untuk menyemak keputusan berdasarkan atas talian. Pada masa tersebut, ibu bapa akan menanyakan perkembangan anak-anak mereka, sahsiah dan displin mereka di sekolah. Secara tidak langsung, hubungan sekolah dengan persekitaran termasuklah ibu bapa dan masyarakat akan lebih erat untuk memastikan kecemerlangan pelajar.

Menurut  Puan Sarimah pelajar-pelajar memberi komitmen dengan melibatkan diri dalam program yang menggabungkan SEMASHUR dan juga sekolah-sekolah berasrama penuh di zon tengah iaitu SM Sains Seri Puteri (Cyberjaya)  dan juga SM Sains Bagan Datoh(Perak). Antara sekolah harian yang terdekat dan pernah menyertai program bersama SEMASHUR seperti SM Kuala Kubu  Baru dan SM Sg Buaya. Pencapaian SEMASHUR telah memberikan impak yang besar dalam memperkenalkan identiti sekolah ini dalam pelbagai aspek. Baru-baru ini pencapaian yang memberangsangkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) seramai 33orang memdapat straight A dan seorang straight A+ dam bilangan keseluruhan pelajar seramai 146 orang. SEMASHUR berada di kedudukan ke-14 antara sekolah berasrama penuh dan berada di kedudukan ke-18 di dalam Malaysia yang merupakan sekolah terbaik dalam kecemerlangan SPM. Di samping memberi tumpuan dari segi pembelajaran, pelajar SEMASHUR juga sangat aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan antara ETOS dari SEMASHUR adalah sukan Rugby dan juga Inovasi.
Menurut pandangan beliau mengenai pengetua sekolah, beliau menyatakan bahawa pengetua sekolah tersebut sangat mementingkan keceriaan persekitaran sekolah berada di dalam keadaan yang baik. Beliau merancang dengan baik tentang cara penyelenggaraan sekolah demi memastikan pelajar-pelajar dapat belajar dengan selesa dan mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Sebagai contoh yang melalui temu bual dan pemerhatian kami, pengetua di tempat kajian kami telah memperuntukkan wang untuk menceriakan persekitaran sekolah dengan mengecat pagar sekolah agar kelihatan lebih ceria. Perkara ini dilihat sebagai perkara biasa tetapi impaknya sangat besar lebih-lebih lagi tentang kehadiran pelajar ke sekolah kerana mereka berasa seronok untuk belajar dengan persekitaran sekolah yang selesa untuk belajar.  Beliau juga telah meminta pekerja kebersihan menyelenggara kawasan yang terbiar di hadapan bilik rawatan sehingga tampak lebih bersih dan indah untuk dipandang.

Tambahan pula, ada satu laluan untuk ke bilik kaunseling ini, terdapat sebuah galeri penyimpanan piala yang baru sahaja dibuat pada tahun ini kerana sebelum ini piala-piala tersebut tersembunyi. Segala pencapaian telah dipamerkan disitu bagi membolehkan orang luar seperti pelawat untuk melihatnya dan memberikan persepsi yang positif terhadap sekolah tersebut. Secara tidak langsung, memalaui pameran piala-piala tersebut akan menaikkan semangat pelajar yang lain untuk berusaha mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang tidak kira dari segi kurikulum atau kokurikulum. Sebaik-baiknya, pelajar perlu seimbang antara bidang kurikulum dan kokurikulum kerana Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan individu yang seimbang dalam semua spek seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, pelajar perlulah berusaha untuk maju hingga mencapai hasrat tersebut bagi memnuhi hasrat pendidikan di negara kita.
Mengenai kemudahan atau prasarana sekolah pula, beliau menyatakan bahawa semua berada di dalam keadaan yang baik. Pihak sekolah telah menyediakan inisiatif dengan menyediakan satu buku kawalan sebagai laporan untuk memastikan jika ada sebarang kerosakan peralatan di sekolah. Di dalam bilik darjah pula telah mengamalkan pembelajaran abad ke-21, di mana susun atur meja di temgah dan di tepi ada perbezaan. Susun atur ini dilaksanakan di dalam kelas yang kurang pintar. Untuk kelas yang hujung juga, pihak sekolah telah melaksanakan sistem “hand sign” bila mana cikgu mengangkat tangan bererti para pelajar dikehendaki diam dan juga sistem“traffic light card” yang mempunyai 3 warna, merah tanda tidak faham, dan jika pelajar faham, pelajar diminta untuk mengangkat kad yang berwarna hijau. Paling terkini adalah, ‘gallery work’ dimana murid akan menampal hasil kerja mereka di ruang belakang kelas ataupun di luar kelas, dan terdapat juga tempat persoalan sekiranya ada soalan berkaitan pembelajaran akan ditampal disitu. Semua guru telah sedia maklum tentang pembelajaran abad-21 ini yang lebih mementingkan kecemerlangan pelajar dalam menuju Wawasan 2020. Aktiviti pembelajaran abad ke-21 ini telah menampakkan hasil yang positif di sekolah tersebut kerana ada pelajar yang telah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik dalam pelajarannya.
i.  Hasil daripada temubual yang dijalankan kepada seorang guru penolong kanan
Sampel kedua yang kami temu bual adalah merupakan seorang guru kaunseling di SEMASHUR. Guru kaunseling tersebut bernama Suhaine bin Mohamad.
            Perkembangan sekolah dari sudut akademik dan juga kokurikulum berkait rapat dengan perkembangan persekitaran sekolah dengan sokonan ibubapa, tingkah laku pelajar, komitmen guru, dan juga pekerja-pekerja lain seperti pembersihan sekolah yang menyebabkan perkembangan SEMASHUR semakin meningkat. Dari sudut akademik, SEMASHUR telah mencapai kecemerlangan yang sangat gemilang dalam peperiksaan PT3 mahupun peperiksaan SPM.  Dahulu PT3 dikenali sebagai PMR, semasa PMR keputusan SEMASHUR telah berada dikedudukan pertama di Malaysia sebanyak enam kali. Sumbangan ibubapa, guru, staf dan juga pekerja memainkan peranan penting dalam memberi kerjasama kepada pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum. Seterusnya, dalam bidang kokurikulum pula, permainan sukan rugby telah menaikkan nama SEMASHUR di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Antara kemenangan yang terdekat baru-baru ini SEMASHUR telah mendapat piala johan di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Berita gembira ini juga telah dikongsi bersama Utusan Online. Dalam bidang inovasi pelajar-pelajar SEMASHUR hampir serata dunia telah dijelajah dan sering membawa pulang kemenangan. Antara negara-negara yang pelajar SEMASHUR pergi adalah Korea, Dubai, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Abu Dhabi, dan South Africa. Walaupun dahulu SEMASHUR mempunyai permainan F1 iaitu formula one tetapi disebabkan kos sangat tinggi untuk menghantar satu pasukan ke Abu Dhabi dengan sekurang-kurangnya RM800 ribu. Oleh itu, permainan F1 telah diganti oleh pelajar SEMASHUR meningkatkan bakat dalam bidang inovasi. Pada tahun 2018, SEMASHUR telah mendapat anugerah kecemerlangan kokurikulum di peringkat Sekolah Berasrama Penuh pada kedudukan pertama.
            Dalam memperoleh kecemerlangan dari aspek kurikulum dan juga kokurikulum, banyak cabaran yang harus dihadapi oleh guru, ibubapa, dan kakitangan sekolah. Cabaran-cabaran dalam kelompok guru dan juga kakitangan serta dalam masyarakat merupakan faktor yang sangat penting dalam memberikan pencapaian yang cemerlang. Di samping itu, SEMASHUR merupakan sekolah yang sangat bagus dari segi hubungan dengan Persatuan Ibu bapa (PIBG). Oleh itu, banyak dana yang diperolehi daripada pihak PIBG yang disalurkan kepada sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik serta kokurikulum. Sebagai contoh, dana yang disalurkan oleh ibubapa kepada sekolah memudahkan pihak akademik dan kokurikulum menjalankan program untuk pelajar-pelajar SEMASHUR. Selain itu juga, dana ini membantu dalam penyelenggaraan sekolah yang melibatkan kerosakan kecemasan dan perlu dibaik pulih segera sebelum peruntukan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ibubapa juga menyalurkan kepakaran mereka dalam pelbagai bidang kerana ibubapa pelajar disini terdiri daripada bidang profesional seperti akauntan, pensyarah dan sebagainya. Antara bentuk kepakaran yang disalurkan adalah dengan memberi khidmat kelas tambahan dengan bayaran yang rendah berbanding di luar kawasan sekolah. Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar, kemudahan awam di kawasan sekolah adalah sangat terhad. Kemudahan pelajar kebanyakan pihak sekolah yang mengaturkan. Menurut Tuan Suhaimie, beliau berharap cabaran sebegini bukanlah suatu isu besar kerana SEMASHUR adalah sebuah sekolah yang akan cemerlang. Cabaran yang paling tinggi dapat dilihat oleh beliau adalah bagaimana ingin menyatukan semua pihak dimana kefahaman guru dan ibubapa pelajar untuk mencapai satu misi dan visi sekolah.






7.0 Analisis SWOT
7.1 Strengths (kekuatan)
Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) mempunyai banyak kelebihan dari segi kekuatan mereka. Kekuatan yang sekolah ini merangkumi pelbagai aspek seperti kokurikulum, kurikulum, dan sumbangan daripada pihak luar iaitu ibu bapa. Kekuatan pertama yang terdapat pada sekolah ini ialah dalam bidang kurikulum. Sekolah ini merupakan sekolah kluster kecemerlangan yang tidak asing lagi oleh pihak luar. Sebagai contoh, sekolah ini telah merekodkan pencapaian spm yang sangat baik pada tahun 2018 dimana keseluruhan bekas calon spm seramai 146 orang. Daripada jumlah yang besar itu seramai 33 orang mendapat semua A dan seorang mendapat semua A+ dalam mata pelajaranya. Selain itu, sekolah ini juga mendapat kekuatan daripada pihak luar iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). PIBG telah banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah bagi mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa dan meningkatkan prestasi sekolah. Sebagai contoh, pihak PIBG telah bekerjasama dengan Fokus Point iaitu syarikat cermin mata untuk memberikan cermin mata secara percuma kepada pelajar tinkatan 3 dan juga pelajar tingkatan 5. Pihak PIBG juga telah mengadakan program di sekolah yang dinamakan sebagai borak santai. Program ini bertujuan untuk pihak pibg bertanyakan tentang prestasi semasa pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan seperti PMR dan juga SPM. Langkah-langkah yang diambil oleh pihak PIBG ini membuktikan mereka juga mengambil berat tentang hal-hal pelajar di sekolah. Di samping itu, SEMASHUR ini juga tidak kurang hebatnya dalam bidang kokurikulum. Sekolah ini mempunyai pasukan rugby yang digelar sebagai etos. Pasukan ini banyak mengharumkan nama sekolah di pelbagai peringkat sama ada peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, terdapat juga satu bilik khas yang dinamakan galeri piala dimana kesemua hasil pencapaian sekolah itu dipamerkan.
7.2 Weakness (kelemahan)
Antara kelemahan yang terdapat di sekolah ini adalah tidak mempunyai tempat perhimpunan khas di kawasan terbuka persekitaran. Hal ini menyebabkan pihak sekolah terpaksa menggunakan tapak letak kenderaan para guru yang bertentangan dengan pejabat sebagai tapak perhimpunan yang kecil bagi pelajar-pelajar selain daripada dewan besar sekolah itu. Selain itu, juga fasiliti yang terdapat di sekolah itu kurang memuaskan sebagai contoh kantin sekolah. Kantin sekolah yang mempunyai kawasan yang tidak besar menyebabkan sukar untuk menampung pelajar yang ramai. Perkara ini menjadi masalah bagi pelajar semasa waktu rehat. Kelemahan yang paling ketara dapat dilihat di sekolah ini adalah kekurangan dari segi pengangkutan. Sekolah ini terletak jauh dari perbandaran yang menyebabkan tiada kenderaan awam seperti bas atau teksi lalu di kawasan tersebut. Pihak sekolah terpaksa menggunakan bas yang telah disediakan untuk pergi ke bandar-bandar terdekat.

7.3 Opportunities (peluang)
Sekolah ini juga mempunyai banyak peluang dalam meningkatkan dan memajukan sekolah mereka.  Mereka bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan dua hala dengan pihak luar, malahan mereka juga dapat menjalankan hubungan dengan pihak luar Negara. Sekolah mereka telah mengambil tempat dalam menyertai program inovasi yang diadakan di peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Bidang inovasi ini telah membawa SEMASHUR ini ke seluruh pelusuk dunia seperti  Korea, Jepun, Taiwan, Thailand , Slovakia, dan Abu Dhabi. Hasil daripada program inovasi ini bukan sahaja mengeratkan hubungan di dalam negara sahaja akan tetapi menjalinkan hubungan yang baik dengan negara luar. Selain itu, sekolah ini juga menerima baik dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan iaitu ‘Dual Language Programme’. Program ini bertujuan untuk memartabatkan bahasa inggeris di sekolah itu. Program ini mempunyai banyak kelebihan kepada pelajar sendiri dan juga kakitangan di sekolah dimana para pelajar dapat menggunakan bahasa inggeris dengan sempurna dan seterusnya dapat menjalinkan hubungan dengan pelajar daripada luar negara. 

7.4 Threats (ancaman)
Meskipun sekolah ini mempunyai banyak kekuatan dan juga peluang, namun begitu terdapat juga beberapa ancaman yang dihadapi di sekitar sekolah ini. Disebabkan oleh deretan bangunan yang berdekatan, ianya member impak yang besar kepada pihak sekolah itu sendiri. Selain itu, laluan ataupun persimpangan untuk masuk ke sekolah itu sememangnya tidak selamat jika pelajar mahupun guru tidak berhati-hati semasa di jalan raya. Hal ini demikian kerana jalan raya di simpang untuk memasuki sekolah itu tidak mempunyai lampu isyarat yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. Di samping itu, sekolah ini terletak jauh daripada laluan masyarakat sekeliling menyebabkan keselamatan sekolah terganggu. Pihak sekolah perlu berhati-hati bagi menjaga keselamatan para pelajar untuk mengelakkan sebarang kecelakaan daripada berlaku.








8.0 Rumusan
Berdasarkan temubual yang telah dijalankan , kami dapat menyimpulkakn bahawa hubungan sekolah dengan persekitaran termasuklah ibu bapa dan masyarakat sangat berkait rapat yang mana dikenali sebagai Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Sarana Ibu Bapa merupakan kumpulan sokongan ibu bapa yang berperanan menambah baik prestasi akademik sekolah serta mempergiat lagi aktiviti di luar bilik darjah pada masa depan adalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Majlis Penetapan Target untuk Pelajar Tingkatan 3 dan 4, di mana ibubapa datang bagi menyaksikan anak-anak mereka berikrar. tindakan ibubapa dalammemberikan kerjasama dengan pihak sekolah mengenai anak-anak mereka dan hal-hal berkait dengan aktiviti sekolah. Ibu bapa bersungguh -sungguh memberikan perhatian terhadap perkembangan dan kebajikan anak mereka. Hal ini sangat terpuji kerana dapat meningkatkan rasa kasih sayang antara anak dan ibubapa sekaligus hubungan rapat dengan pihak sekolah. Sebagai seorang yang bergelar ibubapa harus memberikan contoh teladan yang positif terhadap anak-anak mereka bagi melahirkan modal insan yang berguna suatu hari nanti dan sangat mempengaruhi mereka dalam perkembangan mereka meningkat dewasa menjadi insan yang berkualiti untuk masa depan mereka sekaligus pemimpin untuk negara kita Malaysia. Sokongan yang padu daripada ibu bapa pelajar sememangnya menjadi punca utama kejayaan anak – anak mereka. Secara tidak langsung, hubungan sekolah dengan persekitaran termasuklah ibu bapa dan masyarakat akan lebih erat untuk memastikan kecemerlangan pelajar.
Selain itu ,pengetua sekolah tersebut juga  mementingkan keceriaan persekitaran sekolah berada di dalam keadaan yang baik. Antara inisiatif yang Beliau telah lakukan adalah merancang dengan baik tentang cara penyelenggaraan sekolah .  Hal ini jelas melaui pemerhatian kami, pengetua di tempat kajian kami telah memperuntukkan wang untuk menceriakan persekitaran sekolah dengan mengecat pagar sekolah agar kelihatan lebih ceria. Hal ini sememangnya memberi impaknya sangat besar lebih-lebih lagi terhadap kehadiran pelajar ke sekolah kerana mereka berasa seronok untuk belajar dengan persekitaran sekolah yang selesa untuk belajar. Bukan itu sahaja , Beliau juga memastikan  pekerja kebersihan menyelenggara kawasan yang terbiar di hadapan bilik rawatan sehingga tampak lebih bersih dan indah untuk dipandang. Kesannya, pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas kerana kawasan persekitaran mereka yang bersih dan selesa.
Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan dan kelebihan pada sekolah ini, Kelebihan utama adalah sokongan dan kerjasama dari PIBG yang  telah banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah bagi mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa dan meningkatkan prestasi sekolah.. Langkah-langkah yang diambil oleh pihak PIBG ini membuktikan mereka juga mengambil berat tentang hal-hal pelajar sekolah. Seterusnya , SEMASHUR ini juga tidak kurang hebatnya dalam bidang kokurikulum. Sekolah ini mempunyai pasukan  rugby yang digelar sebagai Attos. Pasukan ini banyak mengharumkan nama sekolah di pelbagai peringkat sama ada peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, terdapat juga satu bilik khas yang dinamakan galeri piala dimana kesemua hasil pencapaian sekolah itu dipamerkan
Di samping itu, kelemahan yang terdapat pada sekolah ini tidak menjadi halangan untuk mereka tetap berjaya dari segi kokurikulum mahupun akademik mereka. Antara kelemahan yang dapat dilihat adalah pada kawasan perhimpunan pelajar yang kecil dan tapak perhimpunan mereka pula berkongsi dengan tempat parker kenderaan guru dan kakitangan di sekolah tersebut. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi kesan dari segi pengurusan , keselamatan dan masa untuk mengendalikan perhimpunan pelajar jika berlaku kecemasan di sekolah. Bukan itu sahaja, kami juga dapat melihat keadaan kantin mereka yang kurang fasiliti dan kelengkapan yang menarik untuk pelajar berehat ketika waktu rehat. Namun begitu, sekolah ini mempunyai peluang yang tinggi untuk lebih Berjaya di amsa akan dating dengan adanya program jalinan hubungan dengan pihak luar dan masyarakat setempat.
Kesimpulannya, SEMASHUR adalah sebuah sekolah yang bagus untuk pendidikan anak –anak kerana perkembangan sistem pendidikan, persekitaran sekolah yang baik , hubungan antara guru dan ibu bapa yang baik serta hubungan sekolah dan masyarakat yang bagus . Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sekolah ini juga Berjaya melahirkan graduan yang Berjaya bukan shaaja dari segi akademik  dan kokurikulum ,bahkan dari segi etika , sahsiah dan jati diri yang tinggi dalam diri pelajar mereka.













Rujukan
Asmidar, N. (2014, Oktober 13). Sekolah dan Persekitaran. Diperoleh pada Oktober 21,
2016,   daripada Sekolah dan Persekitaran: https://prezi.com/wreexehqehkl/sekolah
dan-persekitaran/
Fuji, B. (2015, Ogos 21). Fungsi dan Peranan Sekolah dalam Pendidikan. Diperoleh pada
November       1, 2016, daripada  http://www.trigonalmedia.com/2015/08/fungsi-dan
peranan-sekolah-        dalam.html
Othman, M. K. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai. Journal of
General           Studies , 118-127.
Razak, A. Z. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi
Pembelajaran.             Jurnal Pendidikan , 3-19.
Sujak, S. (2013, Mei 6). Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif. Diperoleh pada Oktober
1, 2016,           daripada http://pismppklihat.blogspot.my/2013/05/persekitaran
pembelajaran-yang-   kondusif.html
Bakri, N. (2005). Punca Prestasi Pembelajaran yang Lemah di Kalangan Pelajar Fakulti
Pengurusan     dan Pembangunan Sumber Manusia. Jurnal Teknologi , 29-45.




Peta Minda


Rumusan

Bab 12 ini menceritakan tentang sekolah dan persekitaran. Sekolah merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada golongan yang ingin menuntut ilmu serta menyampaikan ilmu. Persekitaran pula membawa maksud kawasan di sekeliling bagi suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sesebuah sekolah turut mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah dari pelbagai aspek seperti akademik, sukan dan kokurikulum, sosial dan lain-lain. Persekitaran sekolah terbahagi kepada dua bahagian iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial. Persekitaran fizikal ialah kemudahan dan peralatan yang dibekalkan oleh pihak sekolah seperti bilik darjah, papan tulis dan bahan pembelajaran. Persekitaran psikososial pula ialah hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya seperti suasana yang selesa dan mesra yang berupaya merangsang aktiviti pembelajaran.
            Setiap sekolah hendaklah menitikberatkan hubungan tiga dimensi di antara pihak sekolah, pihak ibu bapa dan juga masyarakat. Hubungan yang mantap dan akrab daripada ketiga-tiga pihak dapat memudahkan pencapaian matlamat atau objektif yang sama. Hal ini kerana, sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang tidak wujud secara bersendiriran. Hubungan sekolah dan masyarakat penting kerana sesebuah sekolah adalah lembaga sosial yang berfungsi untuk melayani anggota masyarakat seperti golongan pelajar dan ibu bapa dalam bidang pendidikan. Kemajuan sekolah dan kemajuan masyarakat saling berkoleborasi. Menurut Elsbree dan McNally, tujuan hubungan antara sekolah dan masyarakat ialah mengembangkan mutu belajar dan pertumbuhan anak-anak, meningkatkan mutu kehidupan masyarakat, memperbanyak penyertaan masyarakat dan lain-lain.
            Hubungan antara sekolah dan ibu bapa sering dikaitkan dengan penubuhan PIBG sesebuah sekolah yang bertindak sebagai orang tengah di antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra di antara guru dan ibu bapa dapat memudahkan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran ketika pelajar berada di sekolah. Hubungan yang baik ini juga dapat melenyapkan segala prasangka negatif antara ibu bapa dan guru. Sebarang perbincangan dan permasalahan juga boleh dijalankan dalam suasana yang aman dan harmoni sekiranya hubungan antara pihak-pihak yang terlibat dalam keadaan baik.
            Isu-isu pendidikan semasa yang sering timbul di kalangan guru ialah isu guru yang mengajar subjek yang bukan opsyen atau luar bidang. Hal ini kerana pengambilan guru interim oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak sepenuhnya mengikut opsyen pengkhususan graduan pendidikan, sebaliknya mengikut kekosongan guru yang ada. Segelintir kes yang berlaku, wujud keadaan di mana graduan pendidikan ekonomi dan bukan bersekolah dalam aliran agama diberi tugasan untuk mengajar Pendidikan Islam sewaktu melaporkan diri. Selain itu, isu tahap kepakaran guru dalam PdPc. Pihak sekolah dan guru hendaklah bekerjasama untuk memastikan sekolah sentiasa berada di selangkah di hadapan melalui perkongsian bestari. Globalisasi bererti fenomenan yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Pada era globalisasi ini, pelbagai bidang seperti politik, sosial, ekonomi dan pendidikan turut mendapat kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan. Ia memperluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Selain itu, guru juga dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang berupaya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi yang disediakan oleh kerajaan.
            Secara kesimpulannya, sekolah dan persekitaran sangat berkait rapat dan penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Sekolah sebagai tempat kepada para pelajar untuk menerima ilmu serta kepada para guru untuk menyampaikan ilmu perlulah berada dalam keadaan yang harmoni dan teratur. Persekitaran yang lengkap dari segi fizikal dan psikososial dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa. Selain itu, isu-isu pendidikan semasa yang timbul juga perlulah diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkuasa bagi memastikan permasalahan tersebut tidak akan berterusan dan memberikan kesan negatif kepada mana-mana pihak. Guru juga hendaklah bersedia berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran akan datang yang bakal dihadapi kelak. Pada era globalisasi kini, guru juga hendaklah sentiasa peka dengan teknologi dan kemudahan yang boleh digunakan dalam proses pengajaran di sekolah yang berupaya menarik minat pelajar. Kemudahan yang dihasilkan pada era globalisasi ini hendaklah dipelajari oleh setiap individu termasuklah guru dan pelajar agar Malaysia dapat terus melangkah ke hadapan seiring dengan negara maju yang lain.

Comments

  1. Babyliss Pro Nano Titanium Hair Dryer
    Buy Babyliss 2021 ford escape titanium hybrid Pro Nano Titanium Hair Dryer online at an affordable price. Ubuy is the leading international snow peak titanium flask shopping platform in ridge wallet titanium Kenya titanium blade with  Rating: 4.7 · ‎20 properties of titanium reviews

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Slide Pembentangan                                                      SLIDE PRESENTATION Laporan 1.0       Pengenalan Adam Salleh (2003) menyatakan, pendidikan adalah hak asasi semua manusia. Semua insan di dunia ini, mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Individu kurang upaya juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Sebagai manusia normal, mungkin tidak akan berasa rendah diri kerana kebanyakkan yang dilahir dengan sempurna sehingga segelintir yang sanggup menghina atau mengetepikan orang yang kurang sempurna. Malah, pelajar kurang upaya sepatutnya tidak disisihkan daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka yang mempunyai kecerdasan setanding dengan pelajar yang normal malah kadang kala melebihi mereka.  Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran serta yang mempunya

~Tinta Masih Basah~

Ahlan Wa sahlan aku mengukir sejambak cerita sebagai catatan tika nadi masih berdetak.. Allah will never leave you empty. He will replace everything you lose. If He asks you to put something down, it's because He wants you to pick up something greater. just a girl...with a lot to say Taiping, Perak.