Skip to main content

BAB 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Slide Pembentangan

                                                    SLIDE PRESENTATION
Laporan

1.0       Pengenalan
Adam Salleh (2003) menyatakan, pendidikan adalah hak asasi semua manusia. Semua insan di dunia ini, mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Individu kurang upaya juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Sebagai manusia normal, mungkin tidak akan berasa rendah diri kerana kebanyakkan yang dilahir dengan sempurna sehingga segelintir yang sanggup menghina atau mengetepikan orang yang kurang sempurna. Malah, pelajar kurang upaya sepatutnya tidak disisihkan daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka yang mempunyai kecerdasan setanding dengan pelajar yang normal malah kadang kala melebihi mereka. 
Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
Program inklusif juga amat perlu didedahkan kepada pelajar-pelajar tersebut di mana program ini menumpukan pelajar khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas. Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk. Selain itu, ia juga bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Khas meletakkan misi Pendidikan Khas iaitu “menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas bagi membolehkan mereka menjadi insan yang berdikari, berjaya dalam kehidupan, serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara Malaysia.” (Mohd Sharani Ahmad, 2006)

Kanak-kanak istimewa yang memerlukan Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu:
i.               Kanak-kanak cerdas-pintar dan berbakat istimewa
ii.             Kanak-kanak cacat fizikal (Psikomotor atau nerosisi)
iii.           Kanak-kanak cacat penglihatan
iv.            Kanak-kanak cacat pendengaran dan masalah komunikasi
v.              Kanak-kanak kecelaruan tingkahlaku (Behavioural disorders)
vi.            Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning disabilities)
vii.          Kanak-kanak kerencatan akal (Mentally retarded)
Mereka ini seperti kanak-kanak lain akan menjalani persekolahan bermula dengan Pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah serta pasca menengah. Kanak-kanak ini boleh memasuki prasekolah melalui Program Pra Sekolah di sekolah Pendidikan Khas. Mereka mestilah berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Mereka mestilah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak tersebut juga boleh mengurus diri tanpa dibantu orang lain.

Seterusnya, kemasukan pelajar ke sekolah rendah ialah berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Tempoh minimum belajar ialah 6 tahun dan tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum serta telah disahkan oleh pengamal perubatan. Mereka ini haruslah boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Semua sekolah rendah pendidikan khas masalah penglihatan dan pendengaran mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM50 sebulan bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU. 
Bagi kemasukan pelajar ke sekolah menengah pula, pelajar tersebut mestilah berumur 13 tahun hingga 19 tahun dan disahkan oleh pengamal perubatan. Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional di mana murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau di Sekolah Pendidikan Khas. Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen.
Tempoh pengajian pelajar Pendidikan Khas berbeza dengan pelajar normal yang lain. Pengajian peringkat sekolah rendah adalah enam tahun. Manakala peringkat menengah pula adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua tahun maksimum di mana peringkat sama ada sekolah rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan. Dalam konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Dalam laporan ini, data yang dikumpulkan dan aspek yang dibincangkan adalah berdasarkan empat kategori iaitu dari segi pemulihan, pelbagai kecerdasan, keperluan khas dan pengayaan. Laporan ini juga akan membincangkan bagaimana guru-guru pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra melaksanakan pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas (Pelajar Pelbagai Upaya) ini. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.

2.0       Objektif
       i.          Memahami tentang pengurusan pendidikan khas di SMK Bukit Rahman Putra dari segi keperluan khas, pemulihan, pelbagai kecerdasan dan penggayaan.
     ii.          Mengkaji tentang jenis-jenis pelajar berkeperluan khas di SMK Bukit Rahman Putra.

3.0       Latar Belakang
Kementerian Pelajaran mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran mulai bulan Julai, 1962 di bawah rancangan percantuman dengan pendekatan Pendidikan Inklusif, iaitu murid-murid bermasalah pembelajaran belajar bersama-sama murid normal di dalam kelas yang sama. Mereka diajar oleh guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program Pendidikan Khas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra merupakan sebuah sekolah yang terletak di Sungai Buloh, Selangor. Sekolah ini mempunyai 99 orang pelajar yang kurang upaya. Pelajar-pelajar keperluan khas di sekolah ini dikategorikan kepada dua jenis termasuklah permasalahan dalam pendengaran dan pembelajaran. Mereka diagihkan kepada beberapa kelas khas mengikut kemampuan dan minatnya sendiri.  Selain pelajar yang dimasukkan ke dalam kelas khas masalah pembelajaran dan pendengaran, terdapat segelintir daripada mereka juga diberi peluang untuk mempelajari Mata Pelajaran Vokasional(MPV) yang terdiri daripada dobi, pertanian, motosikal, jahitan, spa, bakeri dan sebagainya. Terdapat 25 orang guru pendidikan khas yang berkhidmat di sekolah tersebut dan dibantu oleh 16 orang pembantu pengurusan murid.
Falsafah Pendidikan Khas SMK Bukit Rahman Putra mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara yang meliputi perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.
4.1       Pengurusan pelajar pelbagai upaya (Pemulihan)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ‘pulih’ bermaksud kembali seperti biasa atau kembali kepada keadaan semula. ‘Pemulihan’ bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini, konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan kebiasaanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu.  
Konsep pendidikan pemulihan khas ialah pengajaran pemulihan yang berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Sebelum murid-murid ditempatkan di kelas pemulihan khas, mereka akan mengikuti prosedur-prosedur seperti yang terdapat dalam carta alir pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas untuk mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka.  Menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M.
Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik darjah merupakan satu keperluan asas yang utama perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas. Pelajar-pelajar yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran akan diasingkan daripada pelajar-pela yang lain. Mereka akan ditempatkan di bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Matlamat program ini bertujuan untuk:
       i.          Menguasai kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis, dan Mengira)
     ii.          Meneruskan pembelajaran di kelas biasa
    iii.          Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran

Guru Pemulihan Khas hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas pemulihan bagi mentadbir sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas. Antaranya ialah penyediaan jadual waktu kelas dan carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas. Hal ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar pemulihan tentang matlamat yang perlu dicapai bagi menjadi pelajar yang cemerlang.
Program pemulihan ini sangat penting dalam melahirkan pelajar yang berpendidikan. Sekiranya tiada program sebegini dilakukan di sekolah, pelajar-pelajar yang lemah ini akan ketinggalan dalam segala aspek terutamanya dari segi pembelajaran dan potensi mereka juga akan terbenam. Justeru itu, melalui Program Pemulihan Khas keperluan pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

4.1.1                Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR
Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR adalah di bawah tanggungjawab guru mata pelajaran KBSR. Guru mata pelajaran akan menilai pencapaian pelajar pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut guru membuat analisis dan refleksi terhadap pencapaian murid dan seterusnya menentukan sama ada terdapat pelajar yang gagal menguasai kemahiran yang diajar. Sekiranya terdapat pelajar yang gagal menguasai kemahiran yang telah diajar, maka guru mata pelajaran tersebut perlu melaksanakan pendidikan pemulihan dalam darjah dengan segera agar murid tersebut tidak ketinggalan. Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ini lebih berfokus kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar pada waktu tersebut. Program pemulihan dalam kelas KBSR ini menggunakan sukatan mata pelajaran KBSR. Kegagalan berterusan murid yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas KBSR ini membantu guru mata pelajaran untuk mencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu dengan lebih khusus dalam program pendidikan pemulihan khas.

4.1.1.1             Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan pelajar menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Melayu) dan numerasi (Matematik) di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah dan disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. Program ini telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk murid tahun 1. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA (National Key Result Areas) Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

4.1.1.2           Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid Tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu bagi menangani masalah keciciran pelajar menguasai kemahiran 2M. Program ini diperkenalkan sejak tahun 2006. Orientasi pendekatannya ialah berbentuk penyelesaian masalah melalui pengajaran semula secara intensif kemahiran asas membaca dan menulis. Selain itu, program ini tidak terhad kerana ia bukan hanya untuk pelajar pemulihan khas sahaja tetapi juga dari kalangan pelajar yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Teknik pembelajaran yang digunakan dalam program ini mestilah mampu menarik minat, mengekalkan fokus serta membangkitkan rasa inkuiri dalam diri pelajar tersebut. Antaranya ialah melalui teknik latih tubi, tunjuk cara, soal jawab, main peranan, menyanyi, lakonan dan kuiz. KIA2M ini perlu dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. Oleh itu, konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Program ini dijalankan selama tiga atau enam bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Bukan itu sahaja, semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui tahap penguasaian kemahiran asas dalam subjek Bahasa Melayu oleh murid-murid. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

4.1.1.3             PROTIM
PROTIM merupakan usaha dan upaya untuk memastikan semua pelajar (bermasalah) yang bakal menamatkan pendidikan rendah dapat menguasai sekurang-kurangnya 3M, dan tidak tercicir dari persekolahan serta mampu mangikuti pelajaran di peringkat seterusnya iaitu menengah. Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di samping mengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR. Setelah menyedari masih ada lagi pelajar tahap 2 yang masih keciciran 3M, maka wajarlah program ini diperluaskan dan dimulakan dari tahun 4 dan tahun 5 selain tahun 6 juga. Program ini telah dijalankan mulai tahun 2006 dan pada tahun 2007 PROTIM dilaksanakan kepada pelajar tahun 6 selepas/pasca UPSR. Pada tahun 2007 juga, program ini dirintis kepada pelajar tahun 4 iaitu pada bulan Februari, Oktober dan November di sekolah terpilih sahaja. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang bermasalah 3M ini. Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling dikeluarkan supaya diwujudkan PROTIM bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Guru Pemulihan.


4.2       Pengurusan Murid Pelbagai Upaya (Pengayaan)
4.2.1    Konsep Pengayaan           
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Lazimnya aktiviti-aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas. Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan disebabkan oleh murid mempunyai pelbagai kebolehan dan tidak diasingkan.      

4.2.2    Tujuan Pengayaan
Tujuan aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan pelajar melakukan aktiviti yang lebih mencabar berdasarkan kebolehan mereka yang sedia ada seperti menjalankan aktiviti yang beraras tinggi supaya melahirkan pelajar dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Selain itu juga, aktiviti ini dapat meningkatkan minat dan daya kreativiti pelajar dalam kemahiran tertentu serta dapat memupuk sifat ingin tahu pelajar terhadap kemahiran yang dipelajari seperti selalu mendapatkan sumber rujukan daripada pelbagai bahan seperti buku, akhbar, majalah dan internet. Seterusnya, aktiviti pengayaan ini dapat melahirkan murid yang mempunyai sifat penuh keyakinan serta melatih murid lebih berdikari dan bertanggungjawab. Hal ini membolehkan pelajar memikul pelbagai masalah dengan pengetahuan yang sedia ada tanpa berlakunya kekeliruan. Oleh yang demikian, tujuan-tujuan yang dicapai daripada aktiviti pengayaan ini, murid-murid akan dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman yang dapat memberi sumbangan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

4.2.3 Prinsip-prinsip Program Pengayaan
Aktiviti pengayaan yang dijalankan hendaklah memudahkan murid untuk memahami sesuatu pengajaran yang diajarkan. Prinsip-prinsip yang patut dipatuhi oleh penganjur program pengayaan ialah bercorak seperti belajar sendiri. Hal ini adalah kerana, ia mengandungi arahan yang jelas terhadap murid-murid dan memberi peluang kepada mereka supaya dapat melakukannya sendiri. Prinsip bercorak ini juga dapat dijalankan secara individu atau berkumpulan. Seterusnya, aktiviti pengayaan yang dijalankan juga hendaklah menarik, mencabar, kreatif dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbagai-bagai. Seterusnya, penganjur juga hendaklah memberi peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial dan menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah berubah. Akhirnya, prinsip program pengayaan mestilah dapat memastikan murid melibatkan aktiviti pembacaan yang luas supaya memperoleh pengetahuan yang luas.

4.2.4    Kewajaran Pengayaan 
Aktiviti pengayaan ini mempunyai kewajaran kepada setiap murid. Antara kewajaran pengayaan adalah guru akan membahagikan murid-murid mereka mengikut kumpulan sama ada secara diketahui umum ataupun hanya diketahui oleh guru sahaja. Selain itu, kewajaran pengayaan juga dibahagikan kepada tiga iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Perkara yang perlu diperhatikan oleh guru adalah kumpulan cerdas dan sederhana kerana mereka akan berasa bosan terhadap pelajaran yang dijalankan disebabkan aktiviti pembelajaran adalah tidak sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka.

4.2.5    Jenis Pengayaan
Pengayaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar adalah aktiviti yang mengikuti kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Selain itu, pengayaan menegak merupakan aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan yang pintar dan cerdas sahaja.

a)     Pengayaan Mendatar
Pengayaan mendatar merupakan aktiviti yang berdasarkan kebolehan murid dalam kumpulan. Berdasarkan taraf pencapaian murid, penganjur akan merancang aktiviti yang sesuai dengan kebolehan murid yang akan terlibat dan kadar kesukaran aktiviti pengayaan berlainan di antara kumpulan. Oleh itu, setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti pengayaan dalam kemahiran yang sama. Di samping itu, murid di dalam kumpulan yang lambat akan diberikan kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Tujuan pengayaan mendatar ini dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid.

b)    Pengayaan Menegak
Pengayaan menegak adalah aktiviti yang mengikuti minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Kadar kesukaran bagi aktiviti pengayaan antara kumpulan adalah sama. Jenis pengayaan menegak ini merupakan aktiviti yang akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar darjah biasa seperti kertas projek, permainan, dan rekreasi. Aktiviti ini lebih cenderung kepada unit kemahiran yang diajar. Secara tidak langsung, hal ini akan mewujudkan kepuasan, mencungkil bakat dan komitmen sesama mereka serta merupakan pengukuhan dan pemulihan bagi murid yang terlibat.

c)     Perbezaan antara Pengayaan Mendatar dan Pengayaan Menegak
Pengayaan mendatar merupakan aktiviti yang dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan murid manakala pengayaan menegak adalah mengikut kumpulan yang cerdas. Selain itu, kadar kesukaran aktiviti pengayaan mendatar adalah berlainan, sebaliknya bagi pengayaan menegak adalah bagi murid kumpulan cerdas yang sama.  Di samping itu, jenis aktiviti pengayaan mendatar biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar manakala pengayaan menegak biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan, dan rekreasi. Seterusnya, tujuan antara dua jenis pengayaan juga tidak sama, bagi pengayaan mendatar bertujuan mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti dan pengayaan menegak bertujuan mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat dan kerjasama antara murid.  Akhir sekali, pengayaan mendatar melibatkan setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama manakala pengayaan menegak adalah kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana dan lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan.

4.2.6          Kaedah-kaedah Merancang Aktiviti Pengayaan
Kaedah-kaedah bagi menjalankan aktiviti pengayaan adalah aktiviti ini dapat dijalankan secara tidak formal atau tidak dimasukkan dalam jadual waktu rasmi sekolah. Selain itu, bimbingan daripada guru kepada murid hendaklah minima. Hal ini berlaku kerana, aktiviti pengayaan adalah bercorak belajar kendiri. Kemudian, selepas menjalankan aktiviti pengayaan, hasil aktiviti akan dibincangkan bersama guru atau rakan sebaya. Selepas itu, ganjaran akan diberikan oleh guru agar murid berasa usaha mereka dihargai. Di samping itu, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan mengikut salah satu peringkat iaitu selepas murid sudah menguasai satu pengetahuan atau kemahiran, selepas murid menguasai semua pengetahuan atau kemahiran asas daripada sesuatu topik dan selepas murid telah menguasai semua pengetahuan atau kemahiran asas daripada beberapa topik.

4.2.7 Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan 
Berdasarkan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), aktiviti pengayaan boleh dilakukan melalui tiga cara. Antara cara melaksanakan aktiviti pengayaan adalah aktiviti pengayaan untuk semua pelajar melalui kumpulan mengikut kebolehan. Di samping itu, aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan bersama-sama dengan kumpulan yang menjalankan aktiviti pemulihan serta aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan. Mengikut konteks KBSR dan KBSM, lazimnya aktiviti pengayaan tertumpu kepada bacaan, tulisan dan kiraan. Aktiviti pengayaan pembacaan adalah menggunakan sumber-sumber bahan bacaan atau alat bantu mengajar (ABM) yang terdiri daripada kad-kad buku bacaan, buku-buku cerita dan majalah yang berunsur pendidikan. Di samping itu, kad-kad buku bacaan mestilah mengandungi pelbagai unsur seperti Sains, Pendidikan Moral, Geografi, Kesihatan dan sebagainya. Seterusnya, bahan bacaan yang sesuai digunakan dalam aktiviti pengayaan adalah dalam bentuk penerangan, pantun, teka-teki, dialog, cerita dan berita. Manakala aktiviti pengayaan penulisan merupakan aktiviti yang disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Tambahan pula, lembaran kerja ini disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik agar menarik minat pelajar untuk aktiviti ejaan dan menulis perkataan. Selain itu, aktiviti pengayaan dalam bentuk mengira terdapat pelbagai cara yang boleh dilaksanakan seperti permainan dam ular, domino, teka-teki, cantuman nombor dengan bilangan benda dan aktiviti jualan dilangsungkan. Kaedah lain adalah melalui projek melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri bagi membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar dan graf melintang. Selain itu, aktiviti ini juga boleh dilakukan dalam pertandingan seperti kuiz matematik, uji kaji dan petak ajaib. Sebagai contoh, mencari rumus matematik melalui inkuiri dan penemuan.













4.3       Pengurusan Pelajar Dalam Pelbagai Upaya (Pelbagai Kecerdasan)
Kecerdasan adalah bermaksud kesempurnaan akal untuk berfikir, menterjemah serta kebolehan melakukan pekerjaan yang memerlukan akal untuk berfikir. Kecerdasan merupakan pemberian dari tuhan yang tiada untuk dijual beli oleh makhluknya. Kecerdasan juga merupakan keupayaan untuk seseorang individu itu untuk bertindak melakukan pekerjaan secara rasional, lancar serta sempurna. Konsep pelbagai kecerdasan boleh ditentukan kepada cara untuk mereka mengetahui, belajar dan melahirkan apa apa yang diketahuinya.
Kecerdasan pelbagai sepatutnya bermula dari peringkat kanak kanak. Bermulanya dari peringkat ini, kecerdasan kanak kanak akan nampak lagi jelas dan namun sekiranya tiada usaha atau cara untuk mengembangkan lagi kecerdasan mereka yang dimiliki. Kecerdasan tiadak akan bekembang jika ibubapa tidak membantu dalam merealisasikan kecerdasan kanak kanak itu. Oleh yang demikian, guru-guru sewajarnya mengenalpasti potensi serta kecerdasan yang dimiliki oleh kanak kanak supaya dapat membantu para pelajar memajukan diri dalam peringkat aspek.

4.3.1    Kecerdasan Dalam Logik-Matematik.
                        Kecerdasan dalam aspek logik-matematik adalah kemampuan yang dominan dari otak sebelah kiri otak manusia. Ia membolehkan seseorang individu itu memahami secara deduktif dan induktif serta berfikir secara rasional dan konseptual. Individu yang gemar dalam kecerdasan ini membolehkan menyelesaikan setiap masalah komplek yang berkait rapat dengan matematik dengan mudah dan boleh melakukan perkaitan, menyoal, menganalisis, mensentisis, mengira serta menggunakan alat elektronik dengan sempurna dan cekap. Contoh manusia yang memiliki kecerdasan logik matematik ialah Albert Enstein.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan logic matematik mempunyai beberapa ciri iaitu:
·                  Dapat menyelesaikan masalah dalam aspek matematik dengan jelas.
·                  Suka menggunakan alat elektronik seperti komputer atau telefon bimbit.
·                  Suka memain permainan yang berbentuk strategi seperti catur

4.3.2    Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kecerdasan dalam Verbal-Linguistik merupakan kebolehan untuk menggunakan kata kata dengan berkesan, baik secara lisan mahupun tulisan. Kecerdasan ini merupakan satu keperkaan dalam kata kata, urutan kata, suara serta intonasi. Kecerdasan ini juga merupakan satu kebolehan untuk menyampaikan informasi dengan lebih berkesan. Antara golongan yang mempunyai kecerdasan salah satunya ialah A.Samad Said.
Selain itu, individu yang memperoleh kecerdasan verbal-liguistik ini mampu atau boleh memahami, bertutur, menulis dengan pelbagai jenis bahasa yang berbeza serta menguasainya dengan sempurna. Golongan ini selalunya melibatkan atau menceburkan diri dalam pertandingan yang berkaitan dengan bahasa serta menampilkan diri apabila hendak mengemukan pendapat. Mereka ini lebih cenderung kepada imu yang berkaitan falsafah dan isu-sosial.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan verbal-liguistik ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
·        Suka membaca sumber bacaan terutamanya buku
·        Suka bermain dengan permaina teka silang kata
·        Suka menulis
·        Suka bercerita kepada khalayak ramai
·        Mempunyai ingatan yang cekap bagi nama tempat ,tarikh serta lirik

4.3.3    Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik merupakan satu kebolehan dimana individu ini mampu berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar serta dapat membezakan sama ada bunyi atau cipta muzik.Kemahiran yang dapat dilihat jika individu ini mempunyai kecerdasan muzik ialah mereka ini ialah bersiul, menyanyi, mengubah lagu dan semua benda yang berkaitan dengan muzik. Individu yang mempunyai kecerdasan muzik adalah sangat sensitif kepada bunyi atau suara yang yang wujud di dunia ini. Ianya termasuk lah bunyi dari alat muzik serta suara alam seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Contoh individu yang mempunyai kecerdasan muzik ialah seniman negara kita iaitu Tan Sri P.Ramlee.
Selain itu juga, kecerdasan muzik adalah hampir sama dengan kecerdsan verbal-liguistik. Individu yang mempunyai kebolehan kecerdsan muzik ini mampu mengenal muzik melalui nod muzik yang dimainkan. Mereka ini sangat prihatin terhadap bunyi-bunyian yang dikeluarkan dan perasaan ini sukar untuk digambarkan. Setiap bunyi yang dihasilkan dari sekeliing mereka mempunyai keunikan serta perbezaan dari segi perasaan apabila dirasai dan didengarinya. Kebolehan mengubah genre muzik yang baru merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang diberikan kepada mereka.


Individu yang mempunyai kecerdasan muzik ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
·        Pandai bermain alat muzik
·        Suka bernyanyi
·        Memerlukan muzik ketika belajar
·        Mudah serta senang mengingati melodi lagu


4.3.4    Kecerdasan Kinestetik Badan
Kecerdasan kinestatik badan ini merupakan satu kercerdasan yang mengunakan gerak badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi antara satu sama lagi serta bijak menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Kecerdasan ini  sering berkait rapat dalam kemahiran pergerakan badan dari segi fizikal seperti koordinasi gerak tubuh badan, keseimbangan, ketepatan dan kelenturan badan. Individu yang mempunyai kecerdasan kinestatik ini sangat gemardalam melontarkan idea atau perasan melalui gerak badan mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai kebolehan kecekapan dalam menginterprestasikan pergerakan tubuh badan. Mereka ini juga sangat bijak dalam menstabilkan pergerakan fizikal dan mental. Individu yang terkenal dengan kecerdasan kinestatik ialah pelakon di negara kita iaitu Dato’ Rosyam Nor.
Individu yang mempunyai kecerdasan kinestatik ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
·        Boleh melakukan kerja kayu atau menjahit
·        Menyukai aktiviti sukan yang mencabar
·        Gemar melakukan aktiviti lasak
·        Boleh meniru memek muka atau tingkah laku manusia
·        Tidak boleh duduk diam diatas kerusi

4.3.5    Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan satu kecerdasan untuk seseorang individu itu memiliki kebolehan dalam berkomunikasi, bertutur serta berinteraksi dengan baik. Selain itu, golongan ini juga mempunyai kebolehan dalam mendiskriminasi pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi secara pragmatik. Individu yang mempunyai kecerdasan ini, mereka mampu membezakan tentang keinginan dan hasrat hatu serta tabiat orang lain. Mereka ini sangat sensitive terhadap perasaan, emosi, pemikiran serta harapan orang lain. Mereka ini sering memberikan motivasi dan mudah untuk bekerja dengan orang sekeliling mereka. Individu yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam menyelesaikan masalah dan perselisihan faham antara individu. Oleh kerana itu, mereka ini lebih mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling mereka dan disenangi dalam kelompok masyarakat. Antara individu yang mempunyai kecerdasan interpersonal ini ialah guru.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan interpersonal mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
·        Mempunyai banyak rakan-rakan
·        Boleh memahami perasaan orang lain
·        Bijak dalam bersosialisasi dengan masyarakat.

4.3.6    Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal ini bermaksud mempunyai kebolehan tentang kesedaran diri sendiri, berfikir metakognitif serta boleh menilai diri mereka sendiri. Individu yang mempunyai kecerdasan seperti ini, mereka mampu untuk menilai diri mereka sendiri dari aspek kelemahan serta kelebihan yang ada pada diri mereka sendiri. Mereka ini lebih cenderung kepada menilai hasrat serta kehendak meeka termasuklah kemahiran yang boleh membuatkan individu itu memperoleh persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Jika seseorang individu itu memperoleh kecerdasan intrapersonal ini, mereka mampu mengawal diri mereka dengan cara bersopan santun ketika bergaul bersama masyarakat di sekeliling mereka. Antara individu yang mempunyai kecerdasan intrapersonal ini ialah kaunselor.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan intrapersonal ini mempunyai beberapa ciri iaitu:
·        Mempunyai keyakinan yang tinggi dalam diri
·        Suka berseoranagan dalam mengejar hobi dan matlamat
·        Sering bersendirian dalam menjalani kehidupan
·        Mnonjolkan kebolehan diri dalam berdikari

4.3.7    Kecerdasan Ruang Visual
Kecerdasan ruang visual merujuk kepada kebolehan seseorang itu berfikir dalam bentuk gambaran, imej serta corak.Selain itu, mereka juga bekemampuan dalam membentuk model secara visual serta menggunakan kecerdasan tersebut kepada dunia fizikal. Individu ang mempunyai kecerdasan ini lebih cenderung membaca, menuis, melukis serta melakar.Mereka ini lebih suka melakukan pekerjan menggunakan peta minda yang bercorak-corak serta berwarna-warni. Sebagai contoh individu yang mempunyai kecerdasan ini ialah Leonardo Da Vinci. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ruang visual mempunyai ciri ciri seperti berikut:
·        Mudah mentafsir dan mudah memahami peta minda
·        Suka melukis
·        Sering bermain teka-teki
·        Sering meluangkan masa dalam aktiviti seni

4.3.8    Kecerdasan Naturalis
Kecerdasann naturalis ini menunjukkan kepada seseorang yang merupakan seorang pecinta alam yang dapat mengenali serta dapat membezakan flora, fauna serta bahan galian. Mereka ini lebih gemar menghabiskan masa dengan mendengar tentang bunyi alam semula jadi. Individu yang mempunyai kecerdasan ini sangat sensitif kepada alam sekitar dan dapat menghubungkan dunia mera dengan kehidupan flora dan fauna. Antara kerjaya yang memerlukan kecerdasan ini salah satunya ialah pendaki gunung. Antara tokoh yang mempunyai kecerdasan naturalis ini ialah Imam Al-Ghazali. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalis ini mempunyai ciri-ciri tersebut:
·        Suka memelihara kucing
·        Sering mengumpul hasil laut seperti cengkerang
·        Boleh mengenal pasti nama tumbuhan dengan lebih teliti
·        Suka kepada tumbuh tumbuhan

4.3.9    Kecerdasan Eksistensialis
Kecerdasan eksistensialis ini merujuk kepada individu yang berkebolehan untuk bertanya mengenai kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa adanya kehidupan dan kematian serta realiti yang dijalan oleh manusia. Howard Garner telah memperkenalkan kecerdasan ini pada sekitar tahun 1999 teori kecerdasan ini telah diguna pakai sudah mencecah 20 tahun.Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu menilai nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional mahupun nilai-nilai baru yang mula berkembang. Seseorang yang mengiinginkan kecerdasan ini boleh membaca buku yang berfalsafah dan menyoal diri mereka sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya mendapatkan jawapan dengan lebih terperinci. Individu yang mempunyai kecerdasan ini cenderung kepada bertnya tentng kejadian alam sekeliling mereka serta mereka hanya mempunyai soalan berdasarkan pemerhatian mereka sahaja. Persoalan yang ditimbulkan oleh individu itu kadang kala tidak dapat disoalkan oleh individu yang normal. Individu seperti ini juga sering dengan pembelajaran yang bermakna, membuat sintensis idea. Antara tokoh yang berkait rapat dengan kecerdasan ini ialah seperti Plato.

4.4       Pengurusan murid pelbagai upaya (Berkeperluan khas)
Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangannya yang tersendiri. Ada di antara mereka yang mempunyai kesempurnaan dari segi fizikal, mental, emosi dan juga soaial. Ada juga di antara mereka yang mempunyai kecacatan terhadap fizikal, mental, emosi dan sosial. Semua itu bergantung kepada nasib yang dimiliki olehnya. Menurut Chua (1982). Pendidikan khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa.
            Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Ia terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi, pertuturan dan bahasa, hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.
            Menurut Samuel Kirk (1963), beliau mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan dan mata pelajaran sekolah lain.Ianya nukan kesan daripada masalah mental, halangan sensori atau faktor budaya. Murid-murid seperti ini perlu diberikan perhatian yang khusus bagi mengatasi masalah yang lebih besar dialami olehnya.
            Hasil daripada data yang dikumpulkan daripada sesi temu bual bersama guru di sekolah iaitu di SMK Bukit Rahman Putera menyatakan bahawa terdapat dua jenis murid berkeperluan khas di sekolah itu. Yang pertama ialah murid bermasalah pendengaran (BD) dan murid bermasalah pembelajaran (BP). Majoriti bagi murid berkeperluan khas di SMK Bukit Rahman Putra adalah mereka yang mempunyai masalah pembelajaran, hanya dua orang pelajar sahaja yang mengalami masalah dalam pendengaran.

            4.4.1    Pelajar Bermasalah Pembelajaran
            Masalah pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif, ia dianggap masalah yang boleh diajar kembali dan boleh mendapat Pendidikan formal (Encik Abdul Rahman bin Talib, 2007). Murid-murid mempunyai masalah pembelajaran seperti ini biasanya ditempatkan Bersama dengan pelajar sekolah-sekolah biasa.
Berdasarkan akta Pendidikan kurang upaya iaitu Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997. Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk daripada mereka yang memiliki masalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) didefinisikan sebagai mereka yang terdiri daripada kategori seperti sindrom down, autisme, hiperaktif, epiletik, perkembangan lewat, cerebral palsy dan masalah pendengaran. Kanak-kanak ini perlu diberikan perhatian yang mendalam oleh guru-guru agar mereka dapat dibimbing untuk menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.
Pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini menpunyai ciri-cirinya yang tersendiri, antara ciri pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini adalah mereka yang mempunyai masalah 3M iaitu menulis, membaca dan megira. Guru-guru perlu peka terhadap persekitaran murid-murid bagi memastikan pelajar seperti itu dapat dikenalpasti dan perlu ditempatkan di kelas yang telah dikhaskan.
Hasil daripada sumber yang didapati, penempatan bagi pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran perlu diuruskan dengan baik agar urusan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. Pelajar tersebut perlu ditempatkan di tempat yang betul. Terdapat beberapa penempatan bagi pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran di SMK Bukit Rahman Putra. Di sekolah tersebut mepunyai 16 buah bilik darjah yang menempatkan seramai 99 orang pelajar yang berkeperluan khas. Antaranya penempatan yang ditawarkan di SMK Bukit Rahman Putra adalah seperti yang berikut:

a)     Bilik darjah biasa
Di SMK Bukit Rahman Putra, terdapat 8 kelas yang dipanggil bilik darjah biasa bagi murid berkeperluan khas. Antaranya 1 amanah, 1 Budi, 1 Cekap, 1 Dinamik, 2 Amanah, 2 Budi, 2 Cekap, 2 Dinamik. Bilik darjah ini menempatkan pelajar yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Bilik darjah ini tidak jauh beza dengan bilik darjah pelajar yang tidak berkeperluan khas kerana murid ini juga mengambil subjek asas bagi pembelajaran mereka. Pembahagian pelajar mengikut kelas adalah berdasarkan kepintaran ataupun prestasi pelajar iti sendiri. Contohnya, bagi pelajar yang pintar layak ditempatkan di kelas 1 Amanah, yang kurang pintar ditempatkan di kelas 1 Budi, dan seterusnya juga adalah sama. Pembahagian pelajar-pelajar mengikut prestasi kelas yang berlainan adalah bagi memastikan setiap pelajar mampu untuk mendapatkan ilmu daripada guru dengan adil. Ia juga bagi memastikan pelajar yang kurang pintar ketinggalan kepada pelajar yang pintar. Bilangan pelajar bagi setiap kelas ini adalah antara 4 hingga 9 orang setiap satu kelas. Bilangan pelajar yang kecil adalah untuk memudahkan guru menguruskan murid-murid tersebut. Oleh yang demikian, pengurusan bagi murid berkeperluan khas dapat diuruskan dengan sistematik oleh guru kelas mereka.

b)    Bilik darjah berasingan
Dalam kelas berasingan, bilangan murid dalam setiap kelas kebiasaannya tidak melebihi 7 orang dalam setiap kelas yang sama. Murid-murid ini dikumpulkan mengikut masalah pembelajaran mereka ataupun ia dikesan berdasarkan kepada prestasi dan minat pelajar itu sendiri terhadap apa yang mereka mahir. Terdapat banyak faedah menyelia murid-murid di dalam bilik darjah yang berasingan. Antaranya adalah guru-guru mudah untuk mengurus murid di dalam kelas. Seterusnya, murid-murid berhak memilih kelas yang mereka suka mengikut bakat yang dimiliki. Di SMK Bukit Rahman Putra, terdapat beberapa kelas yang dinamakan sebagai kelas MPV (Mata Pelajaran Vokasional). Kelas ini terbahagi kepada enam kelas. Kelas MPV menempatkan pelajar yang tidak tahu membuat apa-apa. Beradasarkan apa yang ditemu bual oleh guru-guru Pendidikan khas di SMK Bukit Rahman Putera, tujuan kelas MPV ini ditubuhkan adalah untuk memastikan setiap pelajar berkeperluan khas ini mampu untuk menguruskan diri mereka sendiri tanpa bentuan daripada orang lain. Antara contoh kelas MPV adalah seperti berikut:

                           i.          MPV 1 (DOBI)
Kelas mpv1 ini menempatkan pelajar yang berkeperluan khas yang minat dalam latihan menguruskan pakaian. Bilangan pelajar di kelas ini adalah seramai 7 orang dan seorang guru serta seorang pembantu guru. Para pelajar diasah dengan cara-cara membasuh baju sehinggalah mereka pandai untuk mengemaskan pakaian mereka. Para pelajar juga dilatih untuk mengemaskan bilik mereka dengan rapi. Antara medium yang digunakan dalam bilik darjah ini adalah melalui video yang ditunjukkan oleh guru kepada murid-murid.

                         ii.          MPV 2 (PERTANIAN)
Kelas mpv2 pula menempatkan pelajar yang minat dalam aktiviti pertanian. Bilangan pelajar di kelas ini adlah seramai 7 orang yang diajar oleh seorang guru serta seorang pembantu guru. Para pelajar diasah dengan bakat pertanian sehingga mereka mahir dalam bidang pertanian. Pertanian yang dijalankan oleh pelajar di dalam kelas ini adalah pertanian berbentuk fertigasi. Murid-murid melakukan aktiviti pertanian mengikut kaedah fertigasi. Antara tanaman yang ditanam oleh murid-murid adalah tembikai, petola, kacang Panjang dan terung. Hasil tanaman mereka dijual untuk dijadikan modal pertanian seterusnya.


                        iii.          MPV 3 (MOTOSIKAL)
Kelas mpv3 menempatkan pelajar yang mahir dalam bidang pembaikian motosikal. Bilangan pelajar adalah seramai 7 orang, seorang guru dan seorang pembantu guru. Para pelajar diajar cara untuk servis motosikal dengan betul melalui kelas yang dijalankan. Kelas ini mampu untuk melahirkan pelajar yang mampu berdikari dalam aktiviti servis motosikal mereka sendiri.

                        iv.          MPV 4 (JAHITAN)
Bagi pelajar yang mengikuti kelas Mpv4, mereka diajar oleh guru-guru untuk menjalankan aktiviti jahitan. Jumlah pelajar di kelas ini adalah seramai 7 orang, seorang guru dan seorang pembantu guru. Guru-guru mengajar pelajar cara untuk menjahit pakaian dengan cara tunjuk ajar secara terus, iaitu menjahit sendiri di depan semua pelajar agar mereka tidak melakukan kesalahan semasa menjalankan aktiviti jahitan. Antara hasil yang telah dilakukan oleh pelajar kelas mpv4 adalah menjahit baju kurung.

                          v.          MPV 5 (SPA)
Kelas Mpv5 ini menempatkan murid-murid yang minat dalam aktiviti spa. Bilangan pelajar adalah seramai 6 orang. Semua daripada mereka terdiri daripada perempuan. Seorang guru dan seorang pembantu guru untuk menguruskan bilik darjah ini. Murid-murid disediakan bilik spa yang khusus untuk mereka menjalankan latihan dengan selesa. Mereka diajar untuk menjalankan aktiviti spa dengan menggunakan kaedah yang betul. Tujuan kelas ini diwujudkan adalah untuk melahirkan murid yang berjaya dalam bidang pengurusan spa pada masa akan datang.

                        vi.          MPV 6 (BAKERI)
Bagi kelas mpv6 pula adalah kelas yang menyediakan latihan memasak kepada murid-murid. Jumlah pelajar adalah seramai 3 orang, seorang guru dan seorang pembantu guru. Kelas ini menjalankan aktiviti membuat kuih kepada murid-murid. Antara aktiviti yang disediakan adalah membuat roti, popia cheese, mengemas dapur dan memasak air. Hasil daripada masakan yang dilakukan oleh pelajar dijual kepada guru-guru dan staf di sekolah.





c)     Kelas kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP INKLUSIF)
Pendidikan inklusif dalam kontek Pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995).
Di SMK Bukit Rahman Putra, terdapat satu kelas yang menawarkan kelas KKBP Inklusif. Bilangan pelajar yang mengikuti kelas ini adalah seramai 7 orang. Pelajar ini dianggap memiliki kelebihan yang lain berbanding dengan murid berkeperluan khas yang lain kerana mampu untuk bersaing dengan pelajar yang normal.

4.4.2    Pelajar Bermasalah Pendengaran (BD)
Pendengaran merupakan deria yang amat penting bagi setiap manusia. Pendengaran memainkan peranan yang penting dari segi komunikasi kerana ini melibatkan bunyi. Kehilangan deria pendengaran menyebabkan seseorang itu dikategorikan sebagai cacat pendengaran. Terdapat ramai diantara kita yang mempunyai masalah pendengaran yang menyebabkan mereka menjadi cacat pendengaran.
Menurut kata-kata Hallahan dan Kaufman (1991), beliau menyatakan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kanak-kanak yang tidak dapat mendengar pada satu tahap intensiti (kekuatan bunyi). Berbeza dengan pendapat Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2013). Beliau memetik kata-kata Safari Bari (1993) yang menyatakan bahawa dalam bidang perubatan, murid-murid bermasalah pendengaran dikategorikan mengikut tahap kehilangan pendengaran mereka. Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran juga boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:    
·        Masalah kehilangan pendengaran konduktif, - Getaran dalam bentuk gelombang bunyi tidak sampai ke telinga dalam.
·        Masalah kehilangan pendengaran sensori neural – kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak.
·        Masalah kehilangan pendengaran campuran – Berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu pendengaran konduktif dan sensorineural hadir Bersama

Masalah pendengaran berlaku akibat daripada beberapa factor. Antaranya adalah factor genetik, iaitu keturunan. Seterusnya, terkena penyakit seperti penyakit rubella yang dihadapi oleh ibu semasa mengandungkan pesakit. Kesan penyakit ini mengakibatkan berlaku masalah kepada anak.
Di SMK Bukit Rahman Putra, terdapat hanya dua orang pelajar sahaja yang dikategorikan sebagai pelajar bermasalah pendengaran. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk megajar murid tersebut. Antaranya adalah kaedah lisan auditori. Kaedah ini adalah kaedah proses mendengar dan bertutur serta kaedah bacaan gerak bibir. Seterusnya, kaedah bacaan bibir. Kaedah ini sesuai digunakan di sekolah kerana kaedah ini mampu untuk memudahkan proses pembelajaran yang baik kepada murid-murid kerana murid-murid mudah memahami konsepnya. Murid-murid hanya menggunakan penglihatan dengan jelas untuk mengikuti kaedah pembelajaran ini. Kaedah yang seterusnya ia kaedah bahasa isyarat. Guru menggunakan simbol untuk memberikan gambaran yang jelas kepada murid terhadap sesuatu perkara.















4.5       Analisis SWOT
SWOT adalah singkatan dari Strengths (kekuatan), Weakness (kelemahan), Opportunities (peluang), dan Threats (halangan). Ini merupakan teknik bagi menyediakan kerangka kerja secara sistematik bagi posisi organisasi. Kaedah ini berhubungan dengan lingkungan eksternal dan masalah serta peluang yang dihadapi. Tujuan analisis SWOT adalah untuk memisahkan masalah pokok dan memudahkan pendekatan strategik. Selain itu, analisis SWOT juga dapat mengukur kelebihan dan kelemahan yang dimilikinya.
Analisis SWOT merupakan kaedah dasar untuk menganalisis permasalahan dari empat sisi. Daripada analisis tersebut akan didapatkan hasil akhirnya iaitu mempertahankan kekuatan dan juga menggunakan peluang yang ada untuk menghasilkan hasil yang berpuas hati. Selain itu, apabila mengetahui kelemahan yang terdapat dalam organisasi ini hendaklah mengurangkan kelemahan tersebut. Analisis ini juga berguna untuk menghindari daripada berbagai ancaman yang akan datang. Jika analisis ini digunakan dalam kaedah yang tepat dan sesuai, kaedah ini akan membantu membangunkan organisasi dengan cemerlang.

4.5.1    Kekuatan
Kekuatan yang terdapat di SMK Bukit Rahman Putra adalah mempunyai bilangan guru pendidikan khas yang mencukupi iaitu sebanyak 25 orang dan terdapat sebanyak 16 orang pembantu guru. Hal ini berlaku kerana setiap kelas akan mempunyai dua orang guru atau seorang guru dengan seorang pembantu dalam kelas bagi membantu dan memastikan kelas dalam keadaan terkawal. Selain itu, dalam proses pengajaran pendidikan khas juga memerlukan alat bantu mengajar (ABM) dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, pembantu amat diperlukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.
Seterusnya, mempunyai alam sekeliling dan suasana yang harmoni.  Di sekolah tersebut terdapat bilik spa dan dilengkapi dengan penyaman udara supaya pelajar dapat mengawal dan menenangkan emosi dengan suasana yang selesa. Selain itu, terdapat juga kebun yang disediakan untuk pelajar pendidikan khas supaya mereka dapat mempelajari dan belajar bagaimana cara untuk menanam. Dengan aktiviti begini, pelajar dapat melindungi hasil yang ditanam oleh mereka dan secara tidak langsung dapat mencantikkan persekitaran di sekolah. Di samping itu, terdapat juga kelas-kelas yang dapat menonjolkan kemahiran pelajar seperti kelas memasak, kelas bengkel motosikal, kelas mengemas dan sebagainya.


4.5.2    Kelemahan
Antara kelemahan pendidikan khas yang terdapat di SMK Bukit Rahman Putra ialah tidak mempunyai mata pelajaran sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Selepas bertemu bual dengan guru pendidikan khas, kami medapat maklumat bahawa pendidikan khas di sekolah ini tiada mata pelajaran sains. Hal ini demikian kerana, mata pelajaran sains merupakan satu subjek yang sangat mementingkan kemampuan seseorang malah mata pelajaran sains juga merupakan satu subjek yang menembusi dalam pelbagai mata pelajaran seperti kemahiran hidup, berkebun, pendidikan jasmani dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan mata pelajaran sains tidak dapat dipelajari oleh pelajar pendidikan khas.

4.5.3       Halangan
Halangan yang dihadapi oleh kami dalam kajian ini ialah guru pendidikan khas SMK Bukit Rahman Putra harus berhadapan dengan pelajar yang pelbagai karenah. Hal ini demikian kerana pelajar pendidikan khas terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasan dan keupayaan yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, guru-guru pendidikan khas perlu menghulurkan usaha yang berganda kepada pelajar. Guru pendidikan khas juga perlu mengajar mereka dengan penuh kasih sayang dan kesabaran supaya pelajar dapat menguasai pembelajara mereka. Selain itu, guru juga perlu banyak menggunakan bahan bantu mengajar agar pelajar dapat memperkukuhkan ingatan mereka.

4.5.4       Ruang Pembaikan
Berdasarkan kelemahan yang dihadapi oleh SMK Bukit Rahman Putra, kami ingin mencadangkan supaya sekolah ini membuka kelas sains supaya pelajar dapat mempelajari bidang sains secara lebih mandalam. Hal ini demikian kerana, sains adalah cabang ilmu pengetahuan yang mempunyai banyak ciri dan perbezaan berbanding dengan disiplin ilmu yang lain. Sains bermatlamat untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Oleh sebab itu, pendidikan khas di SMK Bukit Rahman Putra hendaklah menambah subjek Pendidikan Sains dalam sukatan pelajaran. Perubahan ini boleh memberi peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk menguasai kemahiran saintifik yang diperlukan bagi mengkaji dan memahami alam. 
Kesesuaian kelas bagi pelajar pendidikan khas juga perlu diambil kira dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan ukuran dan bilangan pelajar-pelajar yang terlibat. Keadaan bilik darjah yang kurang sesuai dan sempurna akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan akan terbantut. Oleh sebab itu, SMK Bukit Rahman Putra perlu memperbanyakkan lagi jumlah kelas pendidikan khas supaya ia dapat mengurangkan jumlah pelajar dalam kelas.
Selain itu, konsep "Belajar Sambil Bermain" boleh digunakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran dengan menarik minat pelajar-pelajar pendidikan khas. Sebagai contoh, guru pendidikan khas dapat menggunakan kaedah pembelajaran seperti melaksanakan aktiviti kumpulan di mana aktiviti ini akan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.




















5.0       Kesimpulan
            Secara kesimpulannya, semua pihak perlulah peka terhadap persekitaran pelajar pelbagai upaya. Kewujudan minoriti komuniti kurang upaya di Malaysia perlu diiktiraf dan menerima kesamarataan dengan masyarakat biasa. Sistem Pendidikan yang sedia ada perlu diperkembangkan dan menggunakan sepenuhnya perkembangan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Keadaan persekitaran bagi pelajar yang berkeperluan khas seperti mereka turut perlu diperkemaskan bagi menjamin keselesaan pelajar. Contohnya, persekitaran kelas bagi pelajar pelbagai upaya perlu menarik dan bilangan pelajar juga tidak terlalu ramai bagi mengelak pelajar menjadi malu atau tertekan.
            Oleh yang demikian, kita seharusnya memberi nilai kasih sayang yang sepenuhnya terhadap pelajar yang pelbagai upaya ini bukannya mengetepikan hak asasi mereka. Dalam kajian ini, kami telah menemu ramah guru pelbagai upaya di SMK Bukit Rahman Putra berdasarkan cara pengajaran di dalam kelas. Berdasarkan apa yang ditemu ramah. Guru-guru di sekolah itu tidak menekankan para pelajar dengan cara pengajaran melalui senang dengan aktiviti yang ceria bukannya secara pengajaran yang sukar kerana mereka sedar bahawa potensi bagi pelajar pelbagai upaya adalah terhad. Hal ini bagi mewujudkan keselesaan pelajar untuk terus datang dan belajar di dalam kelas tanpa sebarang tekanan daripada pihak guru.
Berdasarkan keratan akhbar pada 4 September 2018, terdapat pelajar yang bergelar Orang Kurang Upaya dalam kategori (OKU) telah mendapat anugerah pelajar terbaik dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Hasil daripada kejayaan tersebut telah mendorong pelajar itu untuk terus melanjutkan pelajaran ke Menara gading. Pelajar tersebut ialah Abdul Hakim Abd Majid, 19 tahun yang mengalami kecacatan pendengaran tidak menjadikan penghalang untuk dia terus berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Oleh itu, guru-guru pendidikan khas perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik kanak-kanak yang istimewa ini kerana mereka juga mempunyai potensi yang tinggi untuk terus berjaya. Guru-guru Pendidikan khas SMK Bukit Rahman Putra telah membuktikan komitmen tinggi mereka terhadap pelajar pelbagai upaya kerana mereka telah berjaya mewujudkan banyak kelas Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang mampu untuk melahirkan pelajar yang boleh berdikari sendiri tanpa mendapat bantuan daripada orang lain. Walaupun di SMK Bukit Rahman Putra tiada kelas pemulihan, sikap kreatif guru yang mewujudkan kelas MPV juga mampu untuk mengajar murid yang pelbagai upaya untuk terus berjaya dalam bidang vokasional.



6.0       Glosari
D         Diskriminasi - pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan
Diagnosis - proses mengenalpasti penyakit melalui tanda penyakit, simptom dan hasil pelbagai langkah diagnostik.
E          Eksternal - berkaitan dengan bahagian luar
I          Interaksi - tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua pihak atau lebih. Komunikasi ialah proses perhubungan atau dalam kalangan individu, berinteraksi bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain.
Intensif - dengan bersungguh-sungguh dan terus menerus dalam mengerjakan sesuatu sehingga mendapat hasil yang baik.
Inkuiri - proses bertanya dan mencari tahu jawapan terhadap pertanyaan ilmiah uang diajukannya.
K         Khas - tertentu untuk seseorang atau utk sesuatu kegunaan khusus.
Koordinasi badan - penyelarasan gerak balas badan kita terhadap sebarang ransangan di sekeliling kita.
Kognitif - merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menganalisis, mengumpul data dan menyelesaikan masalah.
Kreatifproses membabitkan jumpaan idea atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar.
Kritis – analisis bermatlamat yang dilakukan terhadap fakta untuk membentuk suatu penaakulan. 
Kompleks – merupakan sesuatu perkara yang rumit atau sulit.          
L         Literasi - keupayaan membaca, menulis, dan memahami perkataan ayat yang mudah dan kompleks dalam Bahasa Malaysia.
M        Makhluknya - merujuk kepada manusia yang diciptakan oleh pencipta kita yang diberi akal   fikiran.
Metakognitif - proses pemikiran dimana kita berfikir sama ada kita mengetahui atau tidak mengetahui.
Menginterprestasikan - usaha mengungkapkan semula mesej dalam bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran, yang dibuat dalam bentuk lisan atau isyarat.
N         Nasional - berkaitan dengan bangsa sendiri, kebangsaan dan identiti.
Numerasi - keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah.
O         Optima - kedudukan yang terbaik atau paling menguntungkan (bagi sesuatu keadaan, pengeluaran, perkembangan)
P          Pasca - bentuk terikat sesudah.
Pragmatik - cabang linguistik yang mempelajari hubungan antara konteks luar bahasa dan maksud tuturan. Konteks luar bahasa ialah unsur di luar tuturan yang mempengaruhi maksud tuturan.
Pendidikan inklusif - pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.
Pendidikan pemulihan - usaha-usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan dan membetulkan sesuatu yang tidak betul.
Psikomotor - (Psi) bkn pergerakan tubuh yg berkaitan dengan aktiviti mental.
S          Saintifik - ialah mengikut kaedah sains; teratur atau bersistem seperti ilmu sains.
Sensori - Ransang yang hadir dari dalam ataupun luar tubuh badan. Dengan kata lain ia juga diertikan sebagai deria.
Sistematik - Merupakan segala usaha untuk menghuraikan dan merumuskan sesuatu dalam hubungan yang teratur dan logik sehingga membentuk suatu sistem yang bermaksud secara sempurna, menyeluruh, bersepadu, mampu menjelaskan rangkaian sebab akibat berkaitan objeknya.
Subsistem - Subsistem ialah sistem di dalam suatu system. Ia bermaksud sesuatu sistem yang berada pada lebih dari satu tingkat.
T         Terbantut - terhalang atau tersekat lalu tidak dapat diteruskan, tidak tumbuh, tidak berkembang, tidak mencapai kemajuan.


7.0    Rujukan
Adam Salleh. (2003). Orang Cacat Masih Terpinggir. Utusan Malaysia (atas talian) diperolehi pada Mac 26, 2019 daripada http://utusan.com.my

Adda Nazari (2012) Definisi Masalah Pembelajaran. Dicapai pada Mac 28, 2019, daripada https://zaihanmathussin91.wordpress.com/about/definisi-masalah-pembelajaran/

Asmahanim Amir. (2018) Pelajar Terbaik STPM Kategori OKU Daftar di UKM (atas talian) diperolehi pada Mac 31, 2019 daripada http://www.ukm.my/news/Latest_News/pelajar-terbaik-stpm-kategori-oku-daftar-di-ukm/


Mohd Sharani Ahmad. (2006). Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. Batu Caves: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Sue Tiha. (2011). Pengurusan Murid Pelbagai Upaya. Dicapai pada Mac 25, 2019, daripada https://www.scribd.com/doc/46991216/20100405150416EDU3034-Bab-11-Pengurusan-Murid-Pelbagai-Upaya

The Tulip Biru. (2017). Pelan Strategik Program Pemulihan Khas. Dicapai pada Mac 30, 2019, daripada https://www.scribd.com/document/345262961/PELAN-STRATEGIK-Program-Pemulihan-Khas-2017

Peta Minda




Rumusan

Bab pengurusan murid pelbagai upaya ini membincangkan mengenai pengurusan pelajar yang bekeperluan khas. Topik ini ia menceritakan mengenai program pemulihan dan pengayaan yang diadakan untuk pelajar bekeperluan khas ini belajar di sekolah. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis pelajar yang bekeperluan khas iaitu pelajar yang mengalami masalah kurang upaya, fizikal, masalah penglihatan, masalah pertuturan, masalah pendengaran dan juga masalah pembelajaran. Pengurusan murid pelbagai upaya berfokus kepada murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang berupaya (OKU). Pengurusan ini banyak berfokuskan kepada pengurusan pembelajaran pelajar yang berkeperluan khas. Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh golongan yang terlibat bersama mereka sahaja, tetapi juga setiap lapisan masyarakat di sekeliling. Bab ini juga menceritakan tentang sembilan jenis kecerdasan berdasarkan teori yang diperkenalkan oleh Howard Gardner.
            Salah satu perkara penting yang dibincangkan dalam bab pengurusan murid pelbagai upaya ialah mengenai progam pemulihan. Program pemulihan ini merupakan satu program penambahbaikan bagi pelajar yang mempunyai masalah 3M iaitu masalah membaca,menulis dan mengira. Program ini telah dijalankan di kebanyakan sekolah di Malaysia bagi membantu pelajar yang tercicir atau mempunyai masalah agak lambat untuk belajar. Program pemulihan ini juga berpegang kepada prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin bagi mengelakkan masalah pelajar menjadi lebih kronik. Program pengayaan pula merupakan program yang memenuhi keperluan pelajar seperti pelajar teknik dan vokasional. Contoh aktiviti pengayaan ialah pertanian dan juga masakan.
            Selain itu, kita lihat pula kepada jenis-jenis pelajar yang bekeperluan khas iaitu pelajar mengalami masalah kurang upaya dari segi fizikal, masalah pendengaran, masalah penglihatan, masalah pertuturan dan juga masalah pembelajaran. Program pemulihan dan pengayaan yang disediakan di sekolah ini diadakan untuk membantu para pelajar yang bekeperluan khas seperti ini. Sebagai contoh, pelajar yang pintar cerdas ini merupakan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan atau IQ yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain. Kepintaran mereka mudah dikenalpasti sejak di peringkat prasekolah dan sekolah rendah lagi. Golongan seperti ini memerlukan perhatian yang berbeza dariapada guru. Pelajar disleksia pula ialah pelajar yang menghadapi masalah membaca yang sabgat serius atau lebih dikenali sebagai buta huruf. Mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada para guru untuk membimbing mereka untuk belajar. Golongan autism pula mempunyi masalah kecelaruan neorolgikal otak yang menyebabkan mereka mudah berhalusinasi.Ketiga-tiga golongan ini memerlukan cara pendekatan yang berbeza oleh guru untuk belajar . Pemerhatian yang lebih oleh guru haruslah diberikan kepaa mereka agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

            Di samping itu,di dalam bab ini juga turut menerangkan mengenai 9 teori kecerdasan Howard Gardner. Setiap individu mempunyai kelebihan dan juga jenis kepintaran yang berbeza.Jenis jenis kecerdasan yang dinyatakan ialah logik matematik, verbal-linguistik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan eksistensialis, kecerdasan naturalis, kecerdasan muzik, kecerdasan ruang spatial dan juga kecerdasan kinestetik. Setiap individu boleh mempunyai lebih dari satu kecerdasan yang dinyatakan yang membuatkan sesorang individu itu berbeza daripada individu yang lain.

Kesimpulannya, faktor untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi pelajar yang bekeperluan khas. Banyak halangan dan rintangan yang perlu mereka tempuhi untuk mencapai impian mereka. Setiap pelajar mempunyai tahap keupayaan dan juga jenis kecerdasan yang berbeza. Guru memainkan peranan yang penting di sini bagi memahami tahap keupayaan pelajar yang berbeza dan sesuaikan dengan gaya pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar terbabit. Perancangan yang rapi oleh guru dan juga kreativiti guru amatlah penting bagi memastikan golongan pelajar bekeperluan khas ini mendapat hak yang sama rata untuk belajar.














Comments

Popular posts from this blog

BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Slide Pembentangan SLIDE PRESENTATION GROUP 12 Laporan 1.0   PENGENALAN 1.1   Sekolah Perkataan sekolah berasal dari Bahasa Latin iaitu ‘khole’, ‘scola’ atau ‘skholai’ yang bermaksud waktu lapang yang diisi dengan perkara yang berfaedah seperti membaca, menulis dan mengira. Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang berbentuk formal kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan mental (Norazlinda Saad dan Surendran Sankrash, 2000). Mengikut Akta Pendidikan pula, sekolah ditakrifkan sebagai tempat di mana sepuluh ataupun lebih murid yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Yusuf Othman (1999), sekolah merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap pra sekolah hingga menengah atas. Setiap peringkat mempunyai silibus atau kurikulum yang setiap s

~Tinta Masih Basah~

Ahlan Wa sahlan aku mengukir sejambak cerita sebagai catatan tika nadi masih berdetak.. Allah will never leave you empty. He will replace everything you lose. If He asks you to put something down, it's because He wants you to pick up something greater. just a girl...with a lot to say Taiping, Perak.