Slide Pembentangan SLIDE PRESENTATION GROUP 12 Laporan 1.0 PENGENALAN 1.1 Sekolah Perkataan sekolah berasal dari Bahasa Latin iaitu ‘khole’, ‘scola’ atau ‘skholai’ yang bermaksud waktu lapang yang diisi dengan perkara yang berfaedah seperti membaca, menulis dan mengira. Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang berbentuk formal kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan mental (Norazlinda Saad dan Surendran Sankrash, 2000). Mengikut Akta Pendidikan pula, sekolah ditakrifkan sebagai tempat di mana sepuluh ataupun lebih murid yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Yusuf Othman (1999), sekolah merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap pra sekolah hingga menengah atas. Setiap peringkat mempunyai silibus atau kurikulum yang setiap s
Pedulikan kata nista tinta manusia ceraplah tiap bait kalam tuhan berbicara kerana.. kita hanya hamba bukan tuhan segalanya perlu patuh bukan pertikaikan